ape maksud maal hijrah?

ape maksud maal hijrah?




salam maal hirah!

haha..asek dok sebut salam maal hijrah ni anda tahu ke ape yang dimaksudkan maal hijrah tu?

maal hijrah diambil dari perkataan arab ma'a dan hijrah.

ma'a = مع : bermaksud bersama
hijrah = هجرة : bermaksud berpindah/pindah

so maal hijrah bermaksud mari bersama berpindah/berhijrah. Dengan maksud yang lebih cantik ialah mari bersama menghayati hijrah.

Dan dari segi pemahaman secara menyeluruh hijrah ini adalah berpindah dari suatu keadaan yang buruk kepada keadaan yang lebih baik.

Nabi s.a.w. bersabda, "Orang yang sempurna Islamnya ialah orang yang kaum muslimin selamat dari gangguan lisan dan tangannya dan orang yang berhijrah sebenarnya ialah orang yang meninggalkan apa yang dilarang Allah". (HR Bukhari no 6484)

fakta:
  • 27 nov 2011=1 muharram 1433
  • peristiwa hijrah berlaku pada hari Isnin, 20 September 622 masihi
  • akan tetapi tahun hijrah mula dilaksanakan pada tahun ke 17 selepas hijrah oleh Khalifah Umar al-Khattab dengan menjadikan bulan Muharram sbg bulan pertama dlm kalendar hijri.
  • selepas hijrah nama Yathrib ditukar ke Madinatul Munawwarah (Kota Yang Bercahaya)
  • penghijrahan Nabi dan umat islam berlaku adalah disebabkn jemputan penduduk Madinah
  • Piagam Madinah adalah piagam bertulis pertama di dunia
  • Banu Qurayza yang juga merupakan salah satu puak yahudi madinah adalah puak yang pertama melanggar piagam madinah, (Memang dasar yahudi!) dan org lelaki puak itu dihukum bunuh.

Comments

Popular Posts