TIDUR MATI

ARTIKEL OLEH: DR.ANWAR FAZAL ABU BAKAR
PEGAWAI PERUBATAN DI HTAA, KUANTAN PAHANG



Tidur.. Mati... Maka mungkin kerana itu terciptanya istilah 'Tidur Mati' dalam menggambarkan betapa ketidaksedaran itu satu titik persamaan antara tidur dan mati. Transisi hidup adalah dalam dua destinasi ini, sama ada akan terus bernyawa atau sedar-sedar depan, belakang, kana dan kiri semuanya  gelap-gelita dengan kain kapan diikat kemas membaluti diri.

Ya, hidup ini jika dikira-kira hanya sekelip mata berbanding di akhirat nanti. Lihatlah firman Allah ini:"Para malaikat dan Jibrail naik (menghadap) kepada Tuhan, Dalam sehari sama dengan lima puluh ribu tahun." (Surah al-Ma'arij 70:4)

Allah s.w.t. membandingkan sehari pada hari kiamat bersamaan lima puluh ribu tahun di dunia. maka Maka bukankah hidup di dunia ini terlalu singkat.

Masihkah diri mahu membazirkan masa dengan tidur sementara waktu dunia ini terlalu singkat yang berakhir pula dengan kematian? Takut-takut kita tertidur mati nanti.

Namun apakah sebenarnya perbezaan antara tidur mati dan mati? Ayuh kita semak!

Fakta Pencipta

Allah s.w.t. berfirman:"Allah memegang jiwa seseorang ketika matinya dan memegang jiwa seseorang yang belum mati di waktu tidurnya. Maka Dia menahan jiwa orang yang telah Dia tetapkan kematiannya dan Dia melepaskan jiwa yang lain sampai pada waktu yang ditentukan." (Surah al-Zumar 39:42)

Kesimpulan: Tidur dan mati ialah satu proses yang sama, cuma tidur disedarkan semula tetapi  mati tidak disedarkan sehingga pada satu waktu yang ditetapkan.

Kajian Manusia

Dr. Alison, Ketua Jabatan Kejuruteraan Elektronik dan Elektrikal di University of London bersama rakannya Dr. al-Mushrefi, seorang saintis Arab dari Utara Yaman telah membuat satu kajian tentang hubungan antara tidur dan mati dengan menggunakan peralatan elektrikal dan elektronik.

Hasil Kajian

Ada sesuatu telah terkeluar daripada badan manusia apabila mula tidur dan akan masuk kembali menyebabkan mereka terjaga. Manakala ketika kematian pula menunjukkan sesuatu itu tidak kembali semula.

FAKTA MENARIK

Ketika pembentangan kajian di Persidangan saintifik Kaherah, Dr Alison telah memeluk agama Islam dengan bernamakan Abdullah Allison.

Lihatlah bagaimana Allah sudah menyatakan seawalnya. Biar sejuta penemuan baru oleh saintis-saintis masa kini, 1400 tahun dulu al-Quran sudah terisi dengan bukti-bukti. Hanya tinggal manusia untuk mengkaji.

DOA TIDUR
Mari, kita amalkan doa Rasulullah s.a.w. ini.
Sebelum lena, Baginda s.a.w. berdoa:"Ya Allah dengan nama-Mu aku hidup dan mati."
Dan saat terjaga "Segala puji bagi Allah yang menghidupkan kami setelah mematikan kami dan hanya kepada-Nya kami kembali." (Riwayat al-Bukhari)

facebook: www.facebook.com/anwarfazal.abubakar
email: dr.anwarfazalabubakar@gmail.com

Comments

Popular Posts